ANJURAN MEMBUNUH CICAK DALAM ISLAM
Bunuh cicak, memang Syarak menganjurkan untuk kita membunuh cicak.
Seperti mana di dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi
sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa yang
membunuh cicak dengan sekali pukulan maka dia mendapat pahala sekian.
Barangsiapa yang membunuhnya dengan dua kali pukulan maka dia mendapat
pahala sekian (kurang dari yang pertama).” (Riwayat Muslim)
Juga di dalam riwayat yang lain, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِى أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ
وَفِى الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِى الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ
“Barangsiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukul, dicatatkan
baginya pahala seratus kebaikan, dan bila dia membunuhnya pada pukulan
kedua, maka pahalanya kurang dari itu, dan pada pukulan ketiga pahalanya
kurang dari itu.” (Riwayat Muslim)
Ini kerana dikatakan juga
di dalam hadis yang tsabit dari Nabi, Baginda sallallahu ‘alaihi
wasallam mengatakan bahawa cicak ini adalah binatang yang buruk ataupun
jahat,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَسَمَّاهُ فُوَيْسِقًا
“Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar membunuh
cicak dan Baginda menamakannya Fuwaisiq (binatang yang jahat).” (Riwayat
Muslim)
Di antara kejahatannya dalam sejarah adalah kisah Nabi
Ibrahim ‘alaihissalam dilemparkan oleh kaumnya ke dalam api, di mana
haiwan-haiwan yang ada semua sedaya upaya cuba untuk memadamkan api itu,
kecuali cicak yang mengapi-apikan lagi api yang digunakan untuk
membakar Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Kisah ini disebutkan di dalam
riwayat dari Ummu Syarik radhiyallahu ‘anha,
أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ
وَقَالَ كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام
“Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk
membunuh cicak dan Baginda bersabda: “Dahulu cicak meniup api (untuk
mengobarkan api yang membakar) Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Menunjukkan betapa buruknya cicak ini dari segi
sejarahnya dan juga dari segi perangainya yang membuang najisnya
merata-rata. Walaupun ianya tidak dikira sebagai najis kerana ia adalah
haiwan yang berkeliaran di keliling manusia, seperti mana apabila
ditanya kepada Rasulullah tentang kucing, Baginda bersabda,
إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنْ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ
“Sesungguhnya ia tidak najis, sesungguhnya ia termasuk haiwan yang
berkeliaran di kalangan kamu.” (Sahih. Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi,
Ibnu Majah)
Ini kerana kalau kita hendak menjaga dan mengelak
dari najis haiwan-haiwan ini jelas akan bersifat menyusah-nyusahkan.
Kerana itu Syarak memberikan kita kemudahan dengan menganggap bahawa
najis itu dimaafkan. Walaubagaimanapun ini tidak menafikan bahawa ia
mengotorkan, kerana itu antara sebab mengapa dituntut untuk kita
membunuh cicak itu.
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini
akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan
ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut
mendapat pahalanya sampai hari kiamat...
Ada 2 pilihan untuk Anda:
1. Biarkan di dalam BBM, catatan atau pikiran Anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal
dunia), dia akan tetap memperoleh pahala
Tidak ada komentar:
Posting Komentar