Minggu, 29 September 2013

ANJURAN MEMBUNUH CICAK DALAM ISLAM



Bunuh cicak, memang Syarak menganjurkan untuk kita membunuh cicak. Seperti mana di dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Barangsiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan maka dia mendapat pahala sekian. Barangsiapa yang membunuhnya dengan dua kali pukulan maka dia mendapat pahala sekian (kurang dari yang pertama).” (Riwayat Muslim)

Juga di dalam riwayat yang lain, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِى أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِى الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِى الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ

“Barangsiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukul, dicatatkan baginya pahala seratus kebaikan, dan bila dia membunuhnya pada pukulan kedua, maka pahalanya kurang dari itu, dan pada pukulan ketiga pahalanya kurang dari itu.” (Riwayat Muslim)

Ini kerana dikatakan juga di dalam hadis yang tsabit dari Nabi, Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan bahawa cicak ini adalah binatang yang buruk ataupun jahat,

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَسَمَّاهُ فُوَيْسِقًا

“Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar membunuh cicak dan Baginda menamakannya Fuwaisiq (binatang yang jahat).” (Riwayat Muslim)

Di antara kejahatannya dalam sejarah adalah kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dilemparkan oleh kaumnya ke dalam api, di mana haiwan-haiwan yang ada semua sedaya upaya cuba untuk memadamkan api itu, kecuali cicak yang mengapi-apikan lagi api yang digunakan untuk membakar Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Kisah ini disebutkan di dalam riwayat dari Ummu Syarik radhiyallahu ‘anha,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَقَالَ كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام

“Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk membunuh cicak dan Baginda bersabda: “Dahulu cicak meniup api (untuk mengobarkan api yang membakar) Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menunjukkan betapa buruknya cicak ini dari segi sejarahnya dan juga dari segi perangainya yang membuang najisnya merata-rata. Walaupun ianya tidak dikira sebagai najis kerana ia adalah haiwan yang berkeliaran di keliling manusia, seperti mana apabila ditanya kepada Rasulullah tentang kucing, Baginda bersabda,

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنْ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

“Sesungguhnya ia tidak najis, sesungguhnya ia termasuk haiwan yang berkeliaran di kalangan kamu.” (Sahih. Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

Ini kerana kalau kita hendak menjaga dan mengelak dari najis haiwan-haiwan ini jelas akan bersifat menyusah-nyusahkan. Kerana itu Syarak memberikan kita kemudahan dengan menganggap bahawa najis itu dimaafkan. Walaubagaimanapun ini tidak menafikan bahawa ia mengotorkan, kerana itu antara sebab mengapa dituntut untuk kita membunuh cicak itu.

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

Ada 2 pilihan untuk Anda:

1. Biarkan di dalam BBM, catatan atau pikiran Anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.

2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala

Inilah 31 Penghuni TC Timnas Proyeksi AFC Cup U-19

Inilah 31 Penghuni TC Timnas Proyeksi AFC Cup U-19

Pemain yang Tampil di Piala AFF U-19
1. Ravi Murdianto (Perserang)
2. Rully Desrian (Diklat Sumbar)
3. Putu Gede Juni Antara (Diklat Ragunan)
4. Febly Gushendra (Diklat Ragunan)
5. M Fatchurohman (Persekap Pasuruan)
6. Muhamad Sahrul Kurniawan (Persinga Ngawi)
7. Dimas Sumantri (PSDS Deli Serdang)
8. Hansamu Yama Pranata (SAD Uruguay)
9. Evan Dimas Darmono (Persebaya)
10. M Hargianto (Diklat Ragunan)
11. Hendra Sandi Gunawan (Persiraja Banda Aceh)
12. Maldini (SAD Uruguay)
13. Paulo Oktavianus Sitanggang (Jember United)
14. Alqomar Tehupelasury (Nusa Ina)
15. Zulfiandi (PS Bireun Aceh)
16. M Dimas Drajad (Persegres U21)
17. Dhinan Yahdian Javier (SAD Uruguay)
18. Muchlis Hadi Ning Syaifulloh (Persekap Pasuruan)
19. Ilham Udin Armaiyn (Diklat Ragunan)
20. Mahdi Fahri Albaar (SAD Uruguay)

Pemain Seleksi
1. Miftahul Hamdi (Persiraja Banda Aceh)
2. Yabes Roni M (Putra Kenari Alor)
3. Dio Permana (Persema Malang)
4. Irfandy Al Zubeidy (Nusa Ina)
5. Dikri Yusron Afafa (Persib U21)
6. Septian David (PPLP Salatiga)
7. Awan Seto (SSB Persisac)
8. Rudolof Yanto Basna (SAD Uruguay)
9. Untung Wibowo (SAD Uruguay)
10.Vicky Melano (SAD Uruguay)
11.Angga Febriyanto Putra (SAD Uruguay)